Semasa

NRECC kaji langkah terbaik elak banjir kilat berulang di Zoo Negara

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan meneliti langkah terbaik bagi mengelak Zoo Negara dilanda banjir kilat.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian pada 18 Okt lepas bagi melihat dengan teliti langkah seterusnya yang boleh diambil.

“Kita akan dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu untuk melihat puncanya dan fikirkan cara terbaik atasi masalah berkenaan,” katanya .

Nik Nazmi berkata begitu ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2023 dan Pelancaran DKBK 2022 – 2030 di Putrajaya pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan insiden banjir kilat di Zoo Negara yang menyebabkan kira-kira 50 pengunjungnya terperangkap sebelum mereka diselamatkan petugas.

Media sebelum ini melaporkan 50 pengunjung terperangkap dalam banjir kilat yang melanda Zoo Negara baru-baru ini, sebelum diselamatkan petugas di situ dengan lori dan traktor.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmad Lana dilaporkan berkata , ketika kejadian air naik mendadak di kawasan itu berikutan limpahan dari Sungai Kemensah

Pihaknya kerugian lebih RM300,000 akibat bencana itu, namun semua haiwan berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar namun kemudian dapat diselamatkan.

Related Articles

Back to top button