Global

Masa untuk kembalikan pelaburan ke Malaysia, kata PM

 

Perdana Menteri disambut mesra oleh Presiden Xi Jianping, pertemuan dengan Li Qiang bakal diadakan esok

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasminya ke China berkata, tumpuan utama adalah untuk membina semula negara menerusi pelaburan domestik dan asing.

Berucap dihadapan  pemimpin Muslim China dan delegasi perniagaan sempena   majlis iftar di sebuah hotel di Beijing semalam beliau turut menegaskan tidak mengapa untuk melabur di luar Malaysia tetapi apa yang diperlukan ialah memfokuskan semula pelaburan ke Malaysia.

“Negara kita (memerlukan) pelaburan besar-besaran dan domestik. 

“Saya di sini untuk anda. Tetapi sudah tiba masanya untuk memfokuskan semula pelaburan ke Malaysia,” katanya.

Anwar turut menyentuh pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping.

Katanya, beliau kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh tokoh negara itu.

“Bagaimana beliau berbudi pekerti yang tinggi dan bergurau dengan saya tentang (agenda) Madani, ASEAN, dan sebagainya,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Jinping di Great Hall of the People.

Perdana Menteri disambut oleh Jinping sebaik tiba sebelum kedua-dua mereka meneruskan mesyuarat yang berlangsung hampir sejam.

Hari ini Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Li Qiang dan menerima sambutan rasmi oleh Kerajaan China.

Anwar dijangka mengumumkan pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan sebaik lawatan rasmi beliau ke China berakhir Sabtu. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button