Parlimen

Timbalan menteri bidas tindakan pembangkang keluar dewan

Apakah pengeluaran KWSP akan selesai masalah?

 TINDAKAN  Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat secara beramai-ramai semalam dikritik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Liew Chin Tong berkata, tindakan protes susulan keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahaskan itu jelas membuktikan pembangkang tiada idea bernas.

Pembangkang jelasnya bukan sahaja tidak membantu kerajaan menghadapi cabaran kitaran gaji, produktiviti, kemahiran dan aktiviti nilai tambah rendah tetapi cuba bermain dengan emosi rakyat bagi meraih sokongan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Pada masa ini, pembangkang yang tidak mempunyai sebarang dasar ekonomi yang jelas cuba bermain dengan emosi rakyat.

“Mereka menggunakan isu pengeluaran bersasar KWSP di parlimen sedangkan negara kita sedang dalam proses pemulihan ekonomi,” kata anggota parlimen Iskandar Puteri itu.

Liew sementara itu turut menyifatkan apa yang berlaku semalam sebagai “tindakan terancang”.

Dia mengingatkan bahgawa sudah empat kali pengeluaran bersasar KWSP dibenarkan sewaktu era pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Sewaktu Muhyiddin menjadi perdana menteri selepas rampasan kuasa Sheraton, beliau tertekan dengan kemelut ekonomi dan politik.

“Pada mulanya beliau enggan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP tetapi tekanan yang keras menyebabkan dia mengalah pada Julai 2021. Dan sebulan kemudian beliau terpaksa meletak jawatan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button