Nasional

Kerajaan cari kaedah terbaik agih subsidi secara adil – Anwar

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan
pimpinannya akan terus mencari kaedah bagi memastikan subsidi diberikan
secara adil kepada golongan sasaran.

Kerajaan mahu subsidi diagih dengan adil
Ketika berucap pada Majlis
Ramah Mesra bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Parlimen Tambun
di Institut Tadbiran Islam (INTIM) Perak di Ipoh pada Khamis beliau
berkata, golongan B40 merupakan golongan yang akan terus diberi
perhatian dalam pemberian subsidi.
“Minyak misalnya, orang miskin
naik motor kita subsidi, orang kaya naik Mercedes pun kita bagi
subsidi, kita cari kaedah, yang miskin kita jangan kacau, yang kaya
pendapatan RM50,000 sebulan, RM100,000 sebulan, bayar lah, jadi itu
tetap jadi dasar kita,” katanya.
Sementara itu, Anwar
mempertahankan keputusan kabinet untuk pengenaan caj tarif elektrik
sebenar pada pengguna yang menggunakan elektrik berlebihan.
Katanya,
langkah itu terpaksa dilakukan kerana kerajaan menanggung kos subsidi
elektrik terlampau tinggi yang ketika ini turut dinikmati golongan kaya.
Bagi
kebanyakan rakyat jelasnya tidak perlu gusar dengan keputusan itu
kerana ia tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap 80 peratus pengguna
elektrik di negara ini.
 
“Jadi kita ambil keputusan jangan
ganggu B40, M40, 80 peratus tidak dibebankan, yang kita kenakan hanya
T20, itu pun untuk bayar kos sahaja, bukan kerajaan ambil untung,” kata
Anwar.
Pada majlis itu juga Anwar selaku Ahli Parlimen Tambun
berkata, beliau akan menambah peruntukan bagi masjid dan surau bagi
kegiatan penduduk.
“Bagi permohonan untuk besarkan masjid dan
surau, saya ingat mudah bawa permohonan bawa ke pejabat daerah biar
mereka selaraskan kemudian diangkat ke pejabat parlimen itu jadi mudah,”
katanya.
 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button