Negeri

Aminudin arah pejabat tanah, daerah pantau aktiviti nadir bumi

SEMUA pejabat daerah dan tanah di Negeri Sembilan diarah membuat pemantauan di kawasan masing-masing bagi memastikan aktiviti perlombongan haram nadir bumi tidak berulang

Kerajaan tak benar operasi perlombongan haram
Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah memberi taklimat kepada kesemua pegawai daerah termasuk berkaitan modus operandi kegiatan berkenaan sekaligus memberikan pendedahan untuk mengendalikan perkara itu sekiranya berlaku.
 
“Kita khuatir ada lagi di daerah lain (lombong nadir bumi), sebab itu taklimat diadakan supaya mereka (pegawai daerah) tahu bagaimana ia dijalankan kerana ini kali pertama berlaku di Negeri Sembilan, tak pernah kita lihat sebelum ini, sebab itu kita dedahkan dan harap dapat membantu mereka ambil tindakan.
“Ini perkara yang harus dipandang serius dan tindakan segera. Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan. Beberapa enakmen juga sedang dikenal pasti dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk melihat tindakan undang-undang yang boleh diambil,” katanya dipetik.
Sebelumnya para Rabu Aminuddin mendedahkan aktiviti perlombongan haram nadir bumi dikesan atas dua lot tanah milik di Kuala Pilah menerusi aduan yang diterima Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah pada 16 Mei lepas.
Pemeriksaan awal mendapati kegiatan itu dijalankan di tanah persendirian namun pihaknya sedang mengenal pasti sama ada ia turut membabitkan tanah milik kerajaan selain keluasan sebenar tanah terbabit.
“Kita belum dapat secara tepat keluasannya, tetapi memang luas, tidak hanya melibatkan satu dua ekar, selain turut melibatkan kawasan berbukit. Tempoh aktiviti itu dijalankan pula belum diketahui dan hanya Jabatan Mineral dan Geosains boleh menganggarkannya,” katanya.
Beliau sementara itu menegaskan nadir bumi merupakan sumber baharu yang mampu memberikan hasil kepada kerajaan negeri, namun masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) daripada kerajaan persekutuan.
Sementara itu kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan apa-apa aktiviti perlombongan secara haram.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button