Nasional

PM ajak umat Islam memanfaatkan mukjizat al-Quran

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di
negara ini untuk memanfaatkan mukjizat al-Quran dengan membicarakan soal
kemampanan dan sistem nilai yang dianjurkan tanpa mempertahankan
sesuatu yang bertentangan.

Syiar agama Islam terus dipelihara
Beliau berkata, wujud sanggahan oleh
individu tertentu terhadap inisiatif kerajaan termasuk Belanjawan Madani
dengan membuat rujukan kepada ayat al-Quran secara tidak tepat.
Beliau
mengecam tindakan pihak yang memperkudakan al-Quran untuk mengeluarkan
hujah merosakkan kemurnian kitab suci itu yang telah dipertahankan para
ulama selama lebih 1,000 tahun.
“Sebab itu saya membicarakan soal wacana yang ada dalam al-Quran itu dalam menjawab tohmahan dengan hujah yang kuat.
“Ini
dilakukan dengan mencabar orang yang membawa idea-idea menyanggah kitab
suci itu untuk memastikan kita melakar ataupun menzahirkan sesuatu yang
baik.
“Maka, dalam negara kita, dalam hal-hal yang sedemikian
sepatutnya kita pertahankan akhlak dan nilai termasuk dalam keadaan kita
berbeza pandangan,” katanya.
Beliau berucap merasmikan Majlis
Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Negeri Pulau
Pinang di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth malam tadi.
MTHQK
 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal berlangsung
selama enam hari bermula hari ini hingga Jumaat ini dengan melibatkan
penyertaan seramai 108 peserta daripada seluruh negeri yang berusia
antara 10 hingga 25 tahun.
Secara umumnya, setiap negeri diwakili
oleh lapan peserta iaitu dua peserta dalam pertandingan tilawah
al-Quran manakala enam peserta bagi pertandingan hafazan al-Quran.
Sementara
itu, Anwar berharap peranan yang dimainkan Jakim akan dapat diperkasa
bagi memantapkan penyelarasan pentadbiran institusi keagamaan di negara
ini, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
komitmen Kerajaan Madani dipimpinnya dalam memperhebatkan Islam jelas
menerusi penambahan peruntukan kepada Jakim bagi memastikan agensi itu
berfungsi dengan lebih baik.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button