Nasional

Penjawat awam perlu bekerja dalam satu pasukan – KSN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA Tan Sri Mohd Zuki Ali menyeru agar mentaliti
‘silo’ atau bersendirian perlu dibuang jauh, sebaliknya semua penjawat
awam perlu bekerja dalam satu pasukan.

Semangat berpasukan selari agenda Madani
Katanya, ia adalah selari
dengan agenda Madani yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim bagi memastikan setiap dasar dapat dilaksanakan sebaiknya
seperti direncanakan kerajaan.
“Melalui platform kerjasama dan
perkongsian antara rakan strategik juga mampu merangsang semangat
kreatif dan inovasi dalam kalangan penjawat awam di negara ini.
“Ia
selari dengan agenda diilhamkan Perdana Menteri iaitu penerapan
aspirasi Malaysia Madani dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam
kenyataan sempena Majlis Apresiasi Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2023.
Mohd
Zuki berkata, konsep Malaysia Madani membabitkan enam nilai iaitu
kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan amat
penting untuk difahami semua penjawat awam.
Katanya, ia tidak
boleh dilihat sebagai satu fahaman politik atau slogan semata-mata,
tetapi perlu diterjemahkan kepada usaha murni berterusan yang
dilaksanakan kerajaan.
“Jadi, saya berharap warga JPM menjadi
lapisan pertama dalam merealisasikan agenda Malaysia Madani dan menjadi
agensi yang paling depan dalam memperbanyakkan inisiatif serta dasar
mendokong konsep Malaysia Madani.
“Ini penting demi memastikan
visi ‘Membina Malaysia yang Madani, Maju dan Sejahtera menjelang 2030’
dapat direalisasikan,” katanya.
Justeru, beliau berharap warga
JPM dapat terus membudayakan budaya kerja unggul dan cemerlang supaya
menjadi asas kepada peningkatan produktiviti sesebuah organisasi.
Terdahulu,
beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 29 pesara bagi tahun ini,
206 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 serta dan
penerima Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan 2022 di bawah JPM.
Majlis
yang berlangsung di Dewan MAKSAK Putra, Putrajaya turut dihadiri oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dan
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Sollehuddin Alyubi Zakaria. 
-AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button