Nasional

Kerajaan komited laksana subsidi bersasar- PM Anwar

KERAJAAN PERPADUAN sentiasa berusaha untuk meringankan beban sara hidup rakyat termasuk dengan melaksanakan mekanisme subsidi bersasar secepat mungkin.

Kerajaan akan cari langkah terbaik 
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mengakui pelaksanaan itu bukan suatu yang mudah menegaskan, kerajaan pimpinannya akan terus berusaha merialisasikan langkah pelaksanaanya.
 
“Kita
ada pasukan, terdapat beberapa proposal (cadangan), tetapi kami sangat
tidak yakin dari segi keberkesanan semasa pelaksanaannya, ia sangat
kompleks. Misalnya (subsidi) elektrik, kita tahu rumah, kilang, maka ia
okay.
“Tetapi diesel susah, kadangkala boleh ambil dari kereta kecil ‘pass’ (serah) ke kereta besar, perkara ini sedang dikaji.
“Kerajaan
sedang usahakan ke arahnya. Saya tidak pasti dan tidak mahu nyatakan
komitmen (untuk jangkaan tempoh pelaksanaan), tetapi secepat mungkin,”
katanya.
Anwar menjelaskan, subsidi bersasar bermaksud bantuan
yang hanya diberikan kepada golongan yang sepatutnya dan bukan kumpulan
kaya.
“Sekarang ini subsidi yang kaya pun dapat. Orang lain 90
peratus yang layak berilah. Ini Mercedes, Rolls-Royce semua dapat
subsidi,” jelasnya.
Terdahulu, Anwar dilapor berkata, kerajaan
akan membangunkan sebuah pangkalan data utama (PADU) bagi mengumpul
seberapa banyak maklumat sosio ekonomi isi rumah sekali gus membantu
kerajaan mengagihkan subsidi dan bantuan dengan lebih berkesan.
-AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button