Nasional
NGO digesa jalin kerjasama, tingkat taraf hidup penduduk di Tambun
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) digesa untuk mewujudkan perhubungan yang baik antara satu sama lain khususnya di Tambun, Perak.
Kekuatan kolektif bawa manfaat untuk masyarakat |
Setiausaha
Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata sikap saling
membantu dan berhubung merupakan kunci kejayaan dalam usaha bersama
untuk memperbaiki serta menaik taraf tahap kehidupan masyarakat di
Tambun.

Katanya, taraf hidup penduduk akan dapat ditingkatkan
sekiranya NGO saling berbagi sumber daya, pengalaman, pengetahuan,
kebolehan dan kepakaran.

“Melalui kerjasama dan kekuatan kolektif, kita dapat mencapai banyak perkara yang bermanfaat bagi masyarakat lingkungan.
“Pertukaran
pengetahuan dan pengalaman antara NGO-NGO di Tambun adalah penting
untuk meningkatkan keberkesanan dan keberlanjutan program dan projek
yang kita jalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika
berucap merasmikan Persidangan NGO Parlimen Tambun Bersama Pegawai
Penyelidik Parlimen Malaysia di Hotel Tower Regency, Ipoh, hari ini.

Dalam
pada itu, beliau berkata, adalah penting bagi semua NGO untuk menjalin
hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan
untuk mempertingkatkan dan memperbaiki perkhidmatan kepada masyarakat.

“Melalui
gandingan yang kukuh serta persefahaman yang mantap, kita mampu
meningkatkan dampak dan jangkauan pelbagai program sosial yang kita
anjurkan.

“Kerjasama dengan pihak berkuasa setempat dapat
membantu mempercepat proses pembangunan dan menangani isu-isu rumit dan
kompleks,” katanya.

Tambah Farhan, beliau yakin dengan visi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui prinsip serta rukun
Madani akan dapat diterjemahkan dengan usaha dan dukungan NGO-NGO.

-AA