Nasional

Kerajaan akan berunding capai keseimbangan ringgit

KERAJAAN  akan berunding untuk mencapai keseimbangan supaya kadar faedah negara tidak menyebabkan pelabur asing membawa keluar wang dalam usaha mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit.

Pertumbuhan ekonomi negara terus rancak 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas isu kejatuhan nilai mata ringgit berkata, ia dipengaruhi kadar faedah negara yang terlalu rendah.

Namun jelasnya sekiranya kerajaan menaikkan kadar faedah ke tahap yang terlalu tinggi, ia akan mengukuhkan nilai mata wang namun membebankan syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

“Kalau saya ada RM1 juta, saya hendak masuk ke bank. Saya ada pilihan antara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Singapura dan Indonesia ada kadar faedah tinggi.

“Jadi saya pilih simpan untuk di luar (Indonesia dan Singapura). Itu masalah kita sekarang,” katanya.

Anwar sebelumnya menjawab soalan seorang pelajar pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun berdepan dengan kejatuhan nilai ringgit, pertumbuhan ekonomi negara terus menyaksikan peningkatan pada suku pertama tahun ini mengatasi Singapura, Indonesia dan China.

“Kalau ekonomi kita menjuman itu lain, maka nilai mata wang jatuh, pelaburan jatuh dan pertumbuhan jatuh. Kita tidak, pelaburan kita baik RM71 bilion untuk empat bulan pertama. Cuma kita kena cari jalan untuk bawa balik pelaburan dengan beberapa insentif.

“Saya kata buat hab kewangan di Johor salah satunya, kemudian MM2H (Malaysia Rumah Kedua Ku) untuk bawa orang boleh bawa masuk wang dan beberapa lagi saya umum minggu lalu dan beberapa langkah yang sedang kita memikirkan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button