Semasa

MyHSR alu-alukan pelantikan Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

BEKAS Ahli Parlimen Kuantan, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR Corp) berkuat kuasa 22 Jun 2023.

MyHSR yakin pengalaman Fauzi pacu syarikat

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Fauzi telah berada dalam Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) antara 2018 dan 2021 serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam pembangunan dan cabaran dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata MyHSR Corp mengalu-alukan pelantikan Fauzi dan yakin kepakaran dan pengetahuan dimilikinya dapat memacu MyHSR Corp untuk merealisasikan projek kereta api laju (HSR).

“Dalam kami memulakan lembaran baharu projek ini, sejarah panjang beliau dalam kepimpinan yang bijak dan komitmen yang berterusan akan mengukuhkan keazaman kami untuk menjayakan projek itu bagi manfaat negara dan rakyat,” kata Mohd Nur dalam kenyataan.

Fauzi pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri antara 1997 dan 1999. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Kuantan antara 1990 dan 1999 serta Ahli Parlimen Indera Mahkota antara 2013 dan 2018.

Beliau yang memiliki kelayakn dalam bidang kejuruteraan pernah memegang pelbagai jawatan kanan di pelbagai kementerian 

“Sejarah panjang beliau dalam kepimpinan yang bijak dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pertumbuhan positif akan mengukuhkan keazaman kami dalam membawa projek itu membuahkan hasil untuk manfaat negara dan rakyat,” tambah MyHSR.

MyHSR Corp adalah sebuah syarikat yang diperbadankan pada 2015 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Ia di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan dan bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan projek HSR.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button