Semasa

Anwar jadi PM pertama sertai majlis takbir raya secara langsung

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkesempatan menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha.

PM sertai penduduk Taman Rakan laung takbir raya

Terdahulu beliau yang lengkap berbaju Melayu, tiba di Masjid Taman Rakan Sungai Long, Kajang pada jam 7.19 malam disambut ahli jawatankuasa masjid dan jemaah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dan para jemaah kemudiannya berbuka puasa sebelum bersama-sama menunaikan solat maghrib dan seterusnya melaungkan takbir raya.

Bacaan takbir raya dipimpin Imam Mohd Zamzuri Abu Othman dengan disertai ahli jawatankuasa, jemaah masjid dan penduduk setempat dan turut disiarkan secara langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 serta di laman sosial rasmi Perdana Menteri, RTM dan Kementerian Komunikasi dan Digital pada pukul 8.20 malam tadi.

Sesi berkenaan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri pertama yang mengadakan bacaan takbir raya secara langsung berbanding sebelum ini yang hanya dibuat secara rakaman.

Sementara itu selasi takbir, Perdana Menteri seperti kebiasaan meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama para jemaah dan kanak-kanak sebelum meninggalkan masjid pada pukul 8.30 malam.

Pagi ini, Perdana Menteri dijadual menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button