Negeri

Selangor adakan jelajah JobCare di sembilan daerah, tawar peluang pekerjaan

KERAJAAN Negeri Selangor akan menganjurkan Jelajah JobCare di sembilan daerah negeri ini mulai 22 Julai hingga 16 Disember ini.. 

Ketua penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor dipetk SelangorKini memaklumkan inisiatif itu yang akan dijalankan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal disertai 120 syarikat tempatan pelbagai sektor dan bakar menawarkan 20,000 peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri itu.  

“Setiap daerah menawarkan antara 1,000 hingga 1,500 peluang kerja yang boleh dimohon meliputi bidang pembuatan, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya.

“Kali ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut ditampilkan di setiap daerah bagi membantu orang ramai berurusan dengan pihak terbabit,” kata Vijayan Subramaniam dipetik.

Mengulas lanjut, beliau berkata jelajah itu akan bermula di Hulu Selangor pada 22 Julai ini. 

Hebahan akan dipergiat melalui ketua kampung dan ahli majlis selain melalui sistem Skim Insurans Pekerja bawah Perkeso bagi memastikan maklumat sampai kepada golongan sasar.

Selain di Hulu Selangor, siri itu akan diadakan di Petaling Jaya (12 Ogos); Klang (26 Ogos); Gombak (9 September); Sepang (30 September.

Jelajah akan diteruskan di Kuala Langat (28 Oktober); Hulu Langat (4 November); Kuala Selangor (2 Disember) dan Sabak Bernam pada 16 Disember.

Sehubungan itu beliau menggesa pencari kerja untuk tidak melepaskan peluang tersebut. 

“Orang ramai khususnya pencari kerja dan penganggur diseru supaya tidak lepaskan peluang ini. Mereka diingatkan membawa dokumen lengkap untuk sesi temu duga selain berpakaian sopan,” katanya.

Related Articles

Back to top button