Politik

‘Jangan undi Mohd Amar’ gesa adik Allahyarham Nik Aziz

Adik kepada Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pengundi di DUN Panchor tidak mengundi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah yang mewakili Pas.

Nik Din Nik Mat membuat gesaan itu susulan tindakan Mohd Amar yang dakwanya punca anak bekas Menteri Kelantan itu, Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Dalam satu rakaman video berduras dua minit 22 saat, beliau mendedahkan, nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu pada awalnya tersenarai, namun ditolak oleh Mohd Amar.

Dakwanya, tindakan itu dibuat kerana calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu tidak mahu legasi keluarga Allahyarham Nik Abdul Azizi bertapak di Pengkalan Chepa.

Pendedahan itu dikongsikan menerusi satu rakaman video berdurasi dua minit 33 saat yang tular sejak petang ini.

“Apa yang sampai di telinga saya, beliau (Mohd Amar) tidak bagi keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di kawasan Pengkalan Chepa.

“Oleh itu saya merayu kepada mereka yang melihat video ini termasuk pengundi di DUN Panchor supaya tidak mengundi Mohd Amar dan biar beliau kalah,” katanya dipetik laporan BH Online.

Nik Din sementara itu mendakwa beliau pada 23 Jun lalu telah mendapat jaminan dari Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Nik Mohammad Abduh akan dicalonkan.

Related Articles

Back to top button