Negeri

Masa terbaik ubah Kelantan

Pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos ini disifatkan medan terbaik untuk mengubah masa depan negeri Kelantan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, rakyat di negeri itu boleh membawa perubahan dengan memastikan pucuk pentadbiran negeri seiring dengan persekutuan seiring agar lebih banyak limpahan manfaat dapat dikecapi.

“Saya sekarang di Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai timbalan menteri mendapati banyak kemudahan diperlukan oleh Kelantan termasuklah tebatan banjir, jalan raya dan kemudahan asas lain.

“Jalan raya memang sangat penting sekarang ini dan kini dalam pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU).

“Sebab itulah saya menyeru kepada masyarakat khususnya dalam Parlimen Gua Musang pastikan ketiga-tiga calon Barisan Nasional di bawah Kerajaan Perpaduan memperoleh kemenangan,” katanya.

Abdul Rahmah berkata begitu selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Gua Musang di Bukit Cekati.

Sementara itu ketika menyentuh perjalanan kempen PRN kali ini, beliau memaklumkan jentera BN Parlimen Kuala Lipis akan berkampung di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gua Musang iaitu Paloh, Galas dan Nenggiri sehingga hari mengundi.

Related Articles

Back to top button