Negeri

Majoriti rakyat Selangor mahu Amirudin terus terajui negeri

Majoriti responden dalam satu tinjauan di kerusi-kerusi marginal Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Berdasarkan persampelan rawak berstrata dijalankan Endeavour-MGC (EMGC), sejumlah 77 peratus pengundi marginal di kawasan berbilang kaum bersetuju dengan perkara itu.

70 peratus pengundi di kerusi marginal Melayu turut mengesahkan prestasi cemerlang pentadbiran sedia ada.

Kajian sama turut bertanyakan pandangan apakah wajar untuk Amirudin dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi PRN pada 12 Ogos ini.

Berdasarkan kajian melibatkan 1,068 responden itu sebanyak 76 peratus responden dari kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum berpendapat bahawa PH patut memilih Amirudin.

69 peratus responden di kerusi marginal Melayu turut bersetuju dengan perkara tersebut.

Bagaimanapun, 22 peratus responden di kerusi marginal pelbagai kaum menyatakan Amirudin tidak perlu dicalonkan semula sebagai Menteri Besar dan 29 peratus responden kerusi marginal Melayu juga bersetuju dengan perkara tersebut.

Hasil kajian itu secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pengundi di Selangor mahu Amirudin terus mentadbir negeri selepas PRN minggu depan.

Related Articles

Back to top button