Pilihanraya

Proses undi di Paya Terubong digantung, sebuah peti undi tak dimeterai

Proses pengundian di sebuah pusat mengundi di Paya Terubong, Pulau Pinang digantung hari ini.

Ia susulan sebuah peti undi didapati tidak dimeterai (unsealed).

Perkara itu disedari seorang calon bertanding di kerusi itu ketika melawat pusat mengundi itu pagi tadi sebelum segera memaklumkannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Difahamkan, akibat daripada insiden tersebut, proses pengundian di saluran berkenaan terhenti sementara menunggu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hadir untuk membuat pemeriksaan ke atas peti undi tersebut.

Difahamkan calon akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.

Dalam perkembangan lain, seorang pengundi mendakwa tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya setelah namanya sudah ditanda.

Menurut Rozana Mokhtar, 35, dari Taman Lagenda berkata, dia yang pertama kali ingin membuang undi di Kedah teruja untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mahsuri.

Tiba di pusat mengundi pegawai bertugas di bahagian pemeriksaan nama telah minta kad pengenalannya.

“Apabila saya bagi, dia terkejut dan maklumkan bahawa nama saya telah ditanda. Ada orang yang guna kad pengenalan saya untuk buang undi,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Related Articles

Back to top button