Semasa

2024: PM Anwar ikrar bekerja lebih kuat dan gigih

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk bekerja lebih kuat dan gigih pada tahun 2024.

Menerusi catatan di laman sosialnya bersempena kehadiran tahun baharu 202 beliau berkata, meskipun menggapai sedikit kejayaan dalam tempoh yang singkat tahun ini, namun beliau tidak mudah berpuas hati.

“Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya. Saya tidak lekas berpuas hati meski kita menggapai sedikit kejayaan dalam tempoh yang singkat seperti penurunan inflasi ke tahap 2 peratus serta kadar pengangguran yang terendah, selain ekonomi berkembang dan bertahan pada 4 peratus.

“Mungkin peratus rendah tetapi bagi yang tertekan, dengan kehidupan dan kos sara hidup, ia mesti segera ditangani.

“Ukuran sebenar adalah tentang kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

BACA LAGI: Kerajaan Perpaduan tumpu usaha tingkat ekonomi negara pada 2024

Melalui kenyataan sama, Anwar turut mengingatkan suasana ketidaktentuan di beberapa tahun kebelakang adalah pedoman terbaik untuk semua pihak bekerja sebagai satu pasukan.

Kerkelanjutan dari asas politik yang kukuh sebagai asas kemuafakan rakyat itu jelasnya hanyalah mukaddimah kepada jalan panjang ke arah reformasi.

“Kita mesti bekerja lebih kuat dan gigih di tahun 2024, dan itu tekad kita. Selamat Tahun Baru 2024!,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button