Semasa

KJ pertahan tindakan PM Anwar

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mempertahan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengislamkan seorang lelaki di Klang baru- baru ini.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, kedudukan Anwar sebagai seorang Perdana Menteri tidak menghalang beliau daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

“Datuk Seri Anwar ialah seorang Perdana Menteri but that does not stop him from being a Muslim.

“Mana-mana Muslim, mana-mana orang Islam boleh mengislamkan saudara baharu. Boleh mendengar, membantu mereka mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Saya rujuk kepada Dr Zulkifli Al Bakri (mantan Mufti Wilayah Persekutuan), saya call dia. Saya tanya dia, saya tanya boleh ke seorang Muslim mengislamkan orang lain. Dia kata bole ,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap.

Anwar baru-baru ini berdepan kecaman khususnya daripada pembangkang, segelinti menyifatkan Anwar sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan imejnya dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Klang, Hushim Salleh menerusi video yang dimuat naik di TikTok tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Katanya, majlis terbabit diadakan secara spontan sempena lawatan dilakukan Perdana Menteri ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, baru-baru ini.

“Saya yang meminta Perdana Menteri mengislamkan pemuda berkenaan. Saya mahu jelaskan perkara ini, kerana tidak mahu ditanya di hadapan Allah SWT kelak jika tidak menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.

Related Articles

Back to top button