Global

Selepas lebih 20 tahun, Malaysia buka semula kedutaan besar di Baghdad

Kerajaan Malaysia akan membuka semula Kedutaan Besar di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keputusan kerajaan itu dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani di New York pada petang Khamis.

“Saya turut maklumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pertemuan ini kedua-dua pemimpin juga bersetuju supaya Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara Malaysia dan Iraq yang telah tertangguh sekian lama bersidang semula dalam masa terdekat.

“Ia akan menjadi platform dalam berbincang dan merangka skop kerjasama yang lebih mendalam antara Malaysia dan Iraq dalam pelbagai sektor, terutamanya ekonomi, pendidikan, hubungan udara, dan pelancongan, selain meneroka peluang kerjasama baharu.

“Kami juga berkesempatan bertukar-tukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,” kata Anwar.

Related Articles

Back to top button