Pilihanraya

Amizar anak peneroka, pasang hasrat tingkat taraf hidup belia Felda Chemomoi

Sebagai anak peneroka tempatan, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bertekad untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan belia Felda .

Datuk Amizar Abu Adam ketika ditemui pemberita selepas melawat Tabika Kemas Felda Chemomoi, dekat Bentong berkata, beliau mahu memberi tumpuan dalam ekonomi dan modal insan kepada golongan itu sekiranya di beri mendat menjadi wakil rakyat Pelangai pada 7 Oktober ini.

“Memang hasrat saya dan bersama Kami Anak Felda (KAF), Majlis Belia Felda ingin membantu generasi anak Felda dengan mensasarkan anak muda belia mendapat tempat di kampung sendiri.

“Hampir 40 peratus generasi kedua dan golongan muda dari masyarakat Felda. Apa yang saya nak panjangkan yang ini ingin saya perjuangkan untuk generasi anak Felda,” katanya.

Amizar sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau bukan anak tempatan.

Malah pada lawatan semalam beliau turut memberitahu, Tabika Felda Chemomoi merupakan sekolah pertamanya.

“Sejak zaman dulu lagi makan minum percuma di sini, tempat saya membesar,” ujarnya.

Beliau sebelum ini turut memaklumkan kesediaan sedia menetap sepenuh masa di Felda Chemomoi untuk berkhidmat kepada rakyat sekiranya diangkat mewakili rakyat DUN tersebut.

Katanya, meskipun ada perniagaan di luar beliau sebelum ini kerap pulang ke Felda tersebut memandangkan masih memiliki kediaman di kawasan terbabit.

Related Articles

Back to top button