Semasa

SPRM bongkar penipuan syarikat pembekalan beras di Kedah – Laporan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor berjaya membongkar kegiatan penipuan sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah.

Memetik laporan FMT sumber mendakwa, syarikat tersebut mendapat kontrak membekalkan makanan ruji itu bernilai RM100 juta dan kegiatan penipuan itu menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan beras.

Pihak itu juga didakwa telah mendapat kontrak pembekalan beras di Semenanjung Malaysia daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu.

Berdasarkan kontrak itu, syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek tersebut beberapa tahun lalu.

“Pengarah syarikat tersebut telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri tersebut untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta namun pembekalan tersebut tidak dibuat.

“Syarikat itu dikatakan telah pun menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi,” katanya.

Suspek dikatakan telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.

Sementara itu dipetik laporan sama, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim mengesahkan siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Related Articles

Back to top button