Semasa

Kerajaan perkasa langkah cegah pengedaran produk tembakau tak sah

Program Pelaksanaan Pelesenan dan Penguatkuasaan Tembakau akan diperkasa sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang tahun depan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, langkah itu diambil kerajaan bagi memastikan pengedaran tembakau dan keluaran tembakau secara tidak sah dapat dicegah.

“Usaha tersebut sedang dijalankan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

“Kolaborasi dan tindakan bersama agensi penguatkuasaan lain telah diadakan bagi meningkatkan keberkesanan agensi kerajaan,” katanya.

Fadillah berkata begitu semasa berucap pada Sambutan Jubli Emas dan Anugerah Penanam Jaya Kebangsaan 2023 LKTN di Kota Bahru malam tadi.

Peniaga rokok sebelum ini diingatkan supaya mendapatkan lesen bagi menjual barangan tersebut sebelum pelesenan dengan fi dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan.

Penguatkuasaan itu selaras dengan Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 (Akta 692) dan Seksyen 39 (1) akta sama yang memperuntukan bahawa tiada seorang boleh dan mengedarkan atau keluarkan tembakau tanpa suatu lesen yang sah.

Related Articles

Back to top button