Parlimen

Malaysia terima dua notis ‘tata tindak’ dari AS kerana tidak label Hamas sebagai pengganas – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Duta Besar Malaysia berangkat ke Washington ekoran dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat berhubung beberapa kenyataan keras Malaysia terhadap Israel.

Katanya, Kementerian Luar juga menerima notis tata tindak daripada Amerika Syarikat sebanyak dua kali iaitu pada 13 Oktober dan kali kedua pada 30 Oktober meminta agar Malaysia tidak meneruskan pendirian mengutuk tindakan kejam Israel.

“Disebabkan keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan (tidak mahu) menganggap Hamas sebagai pengganas, saya dapat maklumat melalui Kementerian Luar Negeri bahawa kita menerima notis tata tindak dari kedutaan Amerika Syarikat dua kali.

“Mereka minta supaya negara tidak meneruskan pendirian terutama keengganan kita untuk menganggap Hamas sebagai badan pengganas,” kata dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam pada itu, Malaysia bertegas tidak akan menganggap pejuang Hamas sebagai pengganas dan menganggap pencerobohan dilakukan Israel ke atas Palestin adalah haram dari segi undang-undang.

Dalam pada itu, Anwar tetap bertegas dengan pendirian mengutuk tindakan Israel dan menganggap pencerobohan itu salah dari segi undang-undang selain konflik antara Palestin-Israel juga sudah berlarutan berdekad sejak 1948.

Related Articles

Back to top button