Parlimen

Syarikat penerbangan berdepan tindakan sekiranya tidak tepati waktu – Anthony Loke

Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) merancang untuk mengambil tindakan sekiranya syarikat penerbangan gagal mematuhi kod perlindungan pengguna penerbangan Malaysia berkait tidak menepati waktu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya sedang mencari pendekatan bagi meletakkan sasaran prestasi mengikut masa kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini.

Menurutnya, pengawal selia industri penerbangan itu juga sedang mengkaji untuk menetapkan peratusan pembatalan penerbangan di negara ini.

“Ini sesuatu yang kita akan cari satu pendekatan bagaimana meletakkan satu sasaran prestasi mengikut masa (on time performance).

“Kalau mereka tak dapat mencapai prestasi mengikut masa itu, maka kemungkinan ada sesuatu tindakan yang akan diambil,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai adakah kerajaan akan memberikan amaran dan mendenda syarikat penerbangan yang gagal menepati waktu.

Mengulas lanjut, Loke menjelaskan, kelewatan penerbangan mempunyai pelbagai faktor dan ada antaranya di luar kawalan syarikat penerbangan seperti cuaca.

“Cuaca umpamanya. Macam mana nak kawal cuaca? Kalau cuaca tak baik, kapal terbang macam mana nak terbang? Jadi itu kena difahami. Bukannya syarikat-syarikat penerbangan sengaja melewatkan penerbangan mereka.

“Tetapi saya setuju ada banyak perkara yang perlu kita tambah baik dan perlu kita perbaiki,” katanya.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button