Politik

Tuduhan PM cuba beli sokongan strategi Bersatu tutup krisis kepimpinan

Dakwaan seorang pemimpin Bersatu yang menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokongnya disifatkan sebagai tidak berasas.

Azmi Hassan, penganalisis politik daripada Akademi Nusantara berkata, walaupun sokongan dimiliki perdana menteri tidak mencapai majoriti dua pertiga, namun sokongan sedia ada sudah memadai.

“Beliau tidak perlu sokongan dua pertiga (majoriti) sekarang, hanya (perlu) apabila melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“(Sebarang percubaan untuk mendapatkan lebih banyak sokongan) hanya akan menjadi munasabah jika Anwar cuma mendapat sokongan 113 atau 114 Ahli Parlimen, dalam situasi di mana kerajaan boleh tumbang bila-bila masa,” katanya dipetik laporan FMT.

Pihak pembangkang menuduh Anwar cuba membeli sokongan Ahli Parlimennya selepas empat wakil rakyat Bersatu mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan untuk mendapatkan peruntukan bagi kawasan mereka.

BACA LAGI: Kegagalan kepimpinan punca Ahli Parlimen PN alih sokongan

Bagaimanapun menurut Azmi, dakwaan bahawa Anwar cuba menarik Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokongnya mungkin sebahagian daripada strategi Bersatu untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar, iaitu prestasi parti dan krisis kepimpinan dihadapinya.

“(Bersatu) tiada hala tuju, sama ada ingin jadi parti pembangkang atau meneruskan (dakwaan) bahawa mereka mempunyai angka untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan,” katanya.

Beliau turut beranggapan keputusan empat Ahli Parlimen menyokong perdana menteri dibuat setelah melihat tidak adanya masa depan untuk terus menyokong Bersatu.

Related Articles

Back to top button