Global

Intimidasi terhadap wartawan di Gaza perlu dihentikan – MAHAR

Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengecam sekeras – kerasnya keganasan dan pembunuhan yang yang melibatkan wartawan di Gaza.

Melalui satu kenyataan MAHAR menegaskan wartawan mesti dibenarkan melaporkan secara bebas dan melakukan tugas mereka untuk memastikan orang ramai di seluruh dunia dimaklumkan tentang keadaan
semasa.

Sebarang bentuk intimidasi dan pembantaian yang menyasarkan wartawan tegasnya adalah tindakan yang tidak boleh diterima.

“Wartawan di Gaza sedang menghadapi dan melalui keadaan yang berbahaya ketikamana mereka membuat liputan yang mana mengalami gangguan komunikasi, bekalan elektrik yang terputus selain terdampak secara terus dengan siri serangan udara yang luar biasa yang pernah direkodkan dunia.

“Wartawan mesti dibenarkan melaporkan secara bebas dan melakukan tugas mereka untuk memastikan orang ramai di seluruh dunia dimaklumkan tentang keadaan semasa.

“Keprihatinan kami yang mendalam terutamanya dalam aspek keselamatan adalah bersama para wartawan yang sedang berada di Gaza yang menjadi penghubung kepada perkhabaran terkini,” kata Pengerusinya Jismi Johari melalui kenyataan itu.

Ketua Biro Al Jazeera Lubnan, Mazen Ibrahim pada Selasa lalu berkata Israel ‘secara langsung menyasarkan’ kumpulan wartawan yang berada di kawasan terbuka.

“Pasukan pendudukan Israel tidak teragak-agak untuk menyasarkan wartawan secara langsung,” katanya dipetik laporan media.

Datuk Bandar Yarun, Ali Qassem Tahfah pula mendakwa Israel melancarkan dua serangan berturut-turut yang menyasarkan wartawan di sempadan selatan Lebanon.

Setakat 8 Nov lalu, seramai 41 wartawan terkorban dalam perang Israel-Palestin yang bermula pada 7 Oktober lalu dan daripada jumlah berkenaan 36 adalah wartawan Palestin.

Sehubungan itu Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) meminta untuk melindungi wartawan yang masih berada di sana.

Related Articles

Back to top button