Semasa

PM Anwar, TPM merafak sembah tahniah sempena hari keputeraan Sultan Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-65.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, Anwar menitipkan mendoa buat bagindaSultan serta seluruh Kerabat Diraja.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Allah Peliharakan Sultan,” tulis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu melalui hantaran tersebut.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi urut merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim.

“Semoga Ke Bawah Duli Tuanku, Permaisuri Johor dan seluruh ahli keluarga sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, sihat wal’afiat dan dilimpahi rahmat serta nikmat kesejahteraan yang berpanjangan,” katanya.

Sementara itu, Sultan Ibrahim dalam titah sempena Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru semalam berkata, pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 baru-baru ini bukanlah satu kenaikan pangkat, namun tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga sebagai Ketua Negara.

Justeru titah baginda, keutamaan pemerintahannya kelak akan memberi keutamaan kepada kepentingan 33 juta rakyat Malaysia dan bukan 222 ahli parlimen.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebelum ini dilaporkan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pelantikan selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Related Articles

Back to top button