Semasa

PM Anwar ikrar, takkan benar agama dan kaum ‘ditunggang’ untuk pecah belah masyarakat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan dipimpinnya tidak akan membenarkan mana-mana pihak mempergunakan agama dan perkauman bagi memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini.

Pada ucapan di Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023 di Putrajaya malam tadi, beliau menegaskan budaya kafir mengkafir antara umat Islam telah wujud dalam segelintir masyarakat dan bimbangg ia boleh membawa perpecahan lebih besar.

“Jika kita terus bertolak ansur terhadap budaya gejala ini, negara akan terus rapuh dan akhirnya tidak akan bertahan.

“Kerana itu juga, selagi kita (kerajaan perpaduan) berkuasa, kita tidak izin negara ini diperkotak-katikkan atas nama agama dan kaum,” tegasnya.

BACA LAGI: Sultan Nazrin titah tolak pemimpin cetus kebencian, pemecah belah kaum

Sementara itu, beliau yang juga Presiden KEADILAN menegaskan, rakyat di negara ini tidak sepatutnya diheret ke kancah perkauman sama seperti yang berlaku di negara Barat dengan momokan ancaman Islam.

“Sikap tercela bukan semata di kalangan Melayu dan Islam tetapi juga suara perkauman segelintir minoriti atau yang menguarkan Perkara 153 Perlembagaan sebagai diskriminasi dan penganiyaan kaum minoriti. Mereka tidak peduli anjakan menoktahkan kemiskinan tegar.

“Ada juga canang isu meritokrasi, sementara diakui keperluan mengiktiraf merit, janganlah ketepikan isu kesaksamaan peluang,” katanya.

Related Articles

Back to top button