Semasa

DLP: Satu kelas pengajaran penuh Bahasa Melayu mulai tahun hadapan – Fadhlina

Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memastikan bahasa Melayu di negara ini terus dipertahankan.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mewajibkan sekurang-kurangnya satu kelas pengajaran sepenuhnya dalam bahasa Melayu untuk murid Tahun Satu bermula tahun depan di sekolah yang melaksanakan Program Dwibahasa (DLP).

“Kita akan mulakan balik untuk kelas satu non (tanpa) DLP itu pada tahun hadapan.

“Bagi memastikan komitmen kerajaan untuk menjaga bahasa Melayu ini terus kita pertahankan,” katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat pada Isnin.

BACA LAGI: KPM komited atasi isu kekurangan guru

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, DLP hanyalah program dan mana-mana pihak tidak perlu bimbang mengenainya.

“Jangan risau tentang bahasa Inggeris ini, kita ada banyak program lain, polisi lain dan dasar lain yang akan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

“DLP hanya program sahaja. Jadi jangan risau. Ada lagi pendekatan-pendekatan yang kita akan lakukan untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak kita,” jelasnya.

Sementara itu beliau turut menyatakan pihaknya tidak mempunyai masalah bagi sekolah yang telah melaksanakan Program DLP 100 peratus pada tahun ini. dan garis panduan yang ditetapkan sebelum ini masih kekal.

Related Articles

Back to top button