Anwar

Malaysia berazam terajui pasaran halal antarabangsa, sasar RM63.1 bilion menjelang 2025 – PM Anwar

Malaysia berazam untuk terus menjadi antara peneraju utama kepada pasaran dan perkhidmatan halal dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu negara Islam meningkatkan kerjasama dan tidak bersaing dalam merancakkan ekonomi terutama dalam industri halal.

Jelas beliau, dengan keazamam itu, Malaysia menyasarkan nilai eksport sebanyak RM63 bilion menjelang 2025.

“Negara Islam juga boleh menjalin kerjasama bagi meneroka potensi besar pasaran halal yang turut diakui oleh negara minoriti Islam yang saya pernah lawati sama ada di rantau Asia atau luar Asia.

“Saya mengambil contoh Malaysia yang menjalinkan kerjasama rapat dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah terutamanya di wilayah Selatan Thailand,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menrut beliau, langkah ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala serta mengukuhkan peluang pelaburan dan perdagangan yang memanfaatkan rakyat terutamanya di kawasan miskin.

Menurut Anwar, Malaysia telahpun mengambil langkah awal dalam mengorak legasi dalam sektor kewangan Islam dengan kewujudan institusi seperti Bank Islam Malaysia dan Lembaga Tabung Haji.

“Usaha ini telah membolehkan sektor kewangan Islam di Malaysia menjadi antara pasaran perbankan Islam dan pasaran modal Islam yang utama di dunia.

“Saya juga telah menyatakan bahawa sebagai sebuah negeri yang turut kaya dengan pelbagai etnik, budaya dan agama, usaha negeri Sarawak dalam memastikan kesejahteraan semua pihak terus terpelihara dan menjadikan kepelbagaian sebagai satu kekuatan wajar dicontohi oleh para hadirin Global Muslim Business Forum ini,” katanya.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button