Negeri

Selangor rancang bangun semula kuarters lama penjawat awam Persekutuan

Kerajaan negeri Selangor merancang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat swasta bagi membangun semula kuarters penjawat awam Persekutuan di negeri itu.

“Kita mengenalpasti ada beberapa lot kuarters kerajaan yang dibina dengan kaedah lama… jadi kita sedang fikirkan macam mana kita hendak bangunkan semula.

“Sebelum ini ada isu beberapa isu berkenaan (status) tanah… tetapi saya sudah dapat penyelesaian tertentu bagaimana tanah itu boleh dibangunkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pihak swasta.

“Kalau tidak sempat untuk laksanakan (proses pembangunan semula) tahun ini. Kita akan ‘coordinate’ ketika belanjawan (negeri) untuk tahun depan,” kata Amirudin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di Bukit Jelutong pada Khamis.

Amirudin turut memaklumkan, projek pembangunan semula itu bakal dilaksana tidak lama lagi.

BACA LAGI: Kerajaan Selangor sasar bina 60,000 Rumah Selangorku menjelang 2025

Selain itu tambahnya, pihaknya juga merancang menambah lagi kuarters berkenaan memandangkan jumlah penjawat awam di Selangor sangat ramai.

“Ada banyak (kuarters di Selangor) seperti di Seksyen 8 malah di setiap daerah ada kawasan penjawat awam (tetapi) tidak cukup sebab jumlah penjawat awam ramai.

“Jadi kita perlu menambah lagi (kuarters). Sebahagiannya kita perlu bina ‘high rise’ atau bangunan tinggi yang mempunyai melengkapkan kemudahan yang baik.

“Ia sudah dilaksanakan pun di banyak tempat sebagai contoh di Jalan Duta iaitu perumahan untuk penjawat awam dalam bidang pertahanan dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Related Articles

Back to top button