Semasa

Kepimpinan PM Anwar mampu selesai isu membelenggu rakyat di Malaysia Timur – Anifah Aman

Bekas Menteri Luar Tan Sri Anifah Aman melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan isu menyelubungi rakyat di Malaysia Timur.

Anifa berkata, komitmen yang ditunjukkan pentadbiran Anwar terbukti apabila memperuntukkan RM1.1 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk menyelesaikan isu air di Sabah dan Sarawak serta Kelantan.

Tambah Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan itu, selain permasalahan air yang telah lama menyelebungi orang Sabah, beberapa inisiatif lain termasuklah insentif pengecualian cukai kepada entiti Labuan jalankan aktiviti kewangan Islam amatlah dihargai.

“Sejak sidang Dewan Negara, saya telah beberapa kali mengutarakan isu-isu penting rakyat Labuan namun semua itu telah didengari oleh perdana menteri kita. Peruntukan sebegini adalah keprihatinan masalah yang sedang dihadapi ketika ini.

“Komitmen beliau dalam mereformasikan negara selaras dengan halatuju Malaysia Madani dengan mengembara seluruh negara bagi mendengar keluh kesah rakyat kita amatlah melegakan kita ketika ini,” katanya.

Anifah berkata begitu pada Majlis Ramah Mesra dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan pada Khamis.

BACA LAGI: Kerajaan Perpaduan bakal pacu semula peranan Labuan dalam sektor ekonomi negara

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan akan mengangkat semula peranan Labuan dalam memacu ekonomi negara dengan lebih berkesan.

Justeru jelasnya, satu persidangan membabitkan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia bakal diadakan selewat-lewatnya akhir Januari atau Februari tahun hadapan bagi mencari jalan terbaik untuk Labuan.

Ketika ini jelas beliau, kerajaan akan mengambil langkah menyegerakan hal-hal yang harus disegerakan terutama berhubung masalah air di Labuan.

Related Articles

Back to top button