Semasa

Kekal di Kementerian Ekonomi, Rafizi tekad teruskan perancangan diatur

Rafizi Ramli berazam meneruskan segala perancangan yang telah diatur-nya bersama Kementerian Ekonomi.

Tekad itu dinyatakan Ahli Parlimen Pandan itu setelah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pengumuman rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Selasa yang sekaligus mengekalkan kedudukan Rafizi di kementerian berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai rombakan dilakukan, Rafizi berpandangan mereka yang dikekal portfolionya dalam barisan Kabinet baharu memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.

Tugas menjadi menteri mahupun menteri besar merupakan satu amanah yang perlu digalas selain memberi perkhidmatan demi kehendak negara.

“Tugas Menteri macam saya ialah kita tumpu kepada kerja sebaik-baiknya, kalau dikekalkan macam sekarang, maksudnya Alhamdulillah perancangan yang kami buat itu maksudnya dirasakan ada nilai tambah kepada pentadbiran kerajaan dan kita akan teruskan (usaha dalam kementerian),” jelasnya.

BACA LAGI: Pemotongan gaji barisan Kabinet 20 peratus tetap diteruskan – PM Anwar

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek Inisiatif Pendapatan Rakyat- Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR Intan@NCER) di Hospital Bahagia Ulu Kinta di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan.

Rafizi sementara itu berkata, menteri yang ditukarkan ke portdolio lain wajar mengambil pendekatan positif terhadap keputusan perdana menteri.

“Contohnya saya diminta untuk buat tugasan lain maksudnya saya selalunya akan memilih untuk memandang yang positif. Saya dilihat ada nilai tambah di tempat lain.

“Kalau semua ahli politik yang dilantik ini pada pandangan saya, perlu mempunyai sikap itu (positif) kerana kita berkhidmat demi kebaikan dan kesenangan negara dan kita pulangkan keputusan itu kepada mereka yang diberi amanah untuk buat keputusan itu,” katanya.

Related Articles

Back to top button