Semasa

KDN lulus RM150 juta untuk pembinaan IPD Kalabakan – Saifuddin Nasution

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan membabitkan kos RM150 juta.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah pembinaan IPD baharu itu merupakan usaha kerajaan untuk meningkat tahap keselamatan di kawasan itu.

Ia jelasnya penting kerana daerah itu akan menjadi pintu strategik negara dengan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Serudong.

“Adanya IPD kita boleh lengkapkan dengan kekuatan anggota, kemudian kuarters supaya anggota polis betul-betul boleh berkhidmat kepada penduduk kampung,” katanya.

BACA LAGI: Kerajaan bina IPD baharu bernilai RM150 juta di Daerah Kapit

Sehubungan itu menurut Saifuddin, pihaknya kini memerlukan kerjasama Pejabat Daerah Kalabakan bagi urusan tapak, tanah, izin pembangunan dan pelbagai urusan lain untuk melancarkan pembinaan IPD berkenaan.

Saifuddin sebelumnya berucap ketika merasmikan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kalabakan serta Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, pengoperasian JPN cawangan Kalabakan sejak 1 Disember dan sehingga kini berjaya menerima dan menguruskan permohonan perkhidmatan mencecah 150 kes, dengan purata 10 kes satu hari.

Related Articles

Back to top button