SPRM panggil Daim pada masa sesuai, kata laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor bakal memanggil bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dalam masa sesuai.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipetik laporan Utusan berkata, Daim tidak akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merungkai pembelian aset dan pemilikan perniagaan di dalam dan luar negara.
“Beliau (Daim) akan dipanggil dalam masa yang sesuai,” katanya dipetik.
Daim yang juga tokoh konglomerat baru-baru ini disiasat berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Siasatan itu disahkan Azam Baki sebagai mengulas tindakan suruhanjaya itu menyita bangunan Menara Ilham yang dikaitkan dengan bekas menteri era Mahathir Mohamad itu.
BACA LAGI: Mereka bersungguh mahu jatuhkan kerajaan kerana Anwar lawan rasuah
Media lelalui laporanya berkata, sitaan dilaksanakan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.
Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6 peratus ekuiti oleh UEM Group.
Sitaan tersebut juga adalah untuk menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.