Semasa

Mereka bersungguh mahu jatuhkan kerajaan kerana Anwar lawan rasuah – Nazri Aziz

Kesungguhan sesetengah pihak yang berusaha keras untuk menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tegas memerangi rasuah membangkitkan pelbagai persoalan.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipetik Awani berkata, beliau pelik dengan sikap itu yang seolah-olah mengambarkan pihak tersebut sedang melindungi aktiviti rasuah dalam negara ini.

Tambahnya, ada sesetengah pihak mendakwa, tindakan individu-individu tertentu bersatu adalah disebabkan mereka tidak senang dengan usaha memerangi rasuah habis-habisan oleh Anwar.

“Orang ramai bagitahu saya, kalau lah Anwar itu tak tekan sangat isu rasuah, mereka (pembangkang) akan berpecah tetapi oleh kerana Anwar lawan rasuah, ini menyatupadukan pembangkang.

“Saya tidak kata pembangkang ini terlibat dengan rasuah tetapi nampaknya mereka boleh bersatu ini adalah kerana mereka nak jaga kedudukan mereka kerana dikatakan mereka terlibat dengan rasuah.

“Ini bukan saya kata, ini orang kata kepada saya, jadi nampaknya betul lah dulu mereka berpecah sekarang mereka bersatu, kenapa mereka bersatu kerana nak menghalang Perdana menteri mencapai kejayaan dalam usahanya melawan rasuah, itu hakikatnya,” katanya dipetik laporan itu.

Sementara itu tambahnya, beliau secara peribadi berpendapat pembangkang kini bersungguh-sungguh mahu Kerajaan Perpaduan dijatuhkan kerana ingin memastikan usaha Perdana Menteri melawan rasuah digagalkan.

“Ini lah yang saya rasa sebab utama kenapa pembangkang bersungguh-sungguh nak menjatuhkan kerajaan hari ini.

“Sebabnya pada saya ialah kerana mereka bimbang dan takut mereka akan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah,” katanya sambil menegaskan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang membuktikan mereka tidak memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya mahu menjaga kepentingan peribadi.

“Sekiranya pembangkang mahu menjaga kepentingan rakyat, usaha memerangi rasuah yang dilakukan perdana menteri perlu disokong sepenuh hati,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button