Umum

Majlis akad nikah Putera Mateen, Dayang Anisha pada 11 Januari ini

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal bernikah dengan Dayang Anisha Rosnah Adam, pada 11 Januari.

Siaran berita RTB Brunei melaporkan, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari.

Katanya, ia dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada semalam (7 Januari) diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.

Acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Seterusnya, pasangan itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Untuk rekod, Putera Mateen, 33, ialah anakanda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Selain itu, pengantin wanita pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Related Articles

Back to top button