Anwar

PM Anwar arah kemuka laporan kemajuan projek setiap bulan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.

Bercakap di Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Putrajaya hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum dimaklumkan kepada beliau.

“Selalu bila ketua jabatan, KSU dalam perbincangan dengan saya, semua akan cadang minta peruntukan, tambah projek. Ya memang dibolehkan, tapi ada kaedah baharu yang kita nak perkenalkan.

“Mesti ada laporan bulanan apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara-saudara (penjawat awam) dalam usaha melaksanakan projek dan ini laporan bulanan yang harus dihantar menerusi KP (ketua pengarah), KSU kepada KSN dan juga untuk makluman saya supaya ada pendekatan berbeza,” katanya.

Ujar beliau, meskipun perubahan dilakukan menerusi pendekatan baharu, kerajaan turut meneruskan dasar terdahulu yang mendatangkan kebaikan kepada negara.

“Saudara tahu dalam sistem politik, dalam kerajaan, jemaah menteri, kita juga cuba melakukan kaedah-kaedah baharu, meneruskan kalau ada yang baik dahulu, kita teruskan tetapi pendekatan kita harus berubah.

“Sebab itu umpamanya kita tidak meneruskan dengan cara rundingan terus untuk mengelakkan kecelaruan dan salah guna,” katanya.

Related Articles

Back to top button