Negeri

1000 kilometer paip air usang di Johor diganti baru

Kerajaan Johor mengambil langkah menggantikan paip air berusia lebih 40 tahun di Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerja penggantian paip sepanjang 1,000 kilometer (km) itu adalah fasa pertama dalam program penggantian paip lama negeri Johor yang mensasarkan penggantian paip dalam diganti pada akhir 2025.

Bagi projek fasa satu itu, ia dijangka akan disiapkan menjelang akhir tahun ini

“Alhamdulillah ini satu hala tuju kerajaan negeri untuk memastikan paip lama seluruh negeri ini dapat diganti dengan baharu, supaya tiada air terbazir melalui paip pecah dan bocor terutama di bawah tanah yang sudah lama tidak diganti.

“Dengan peruntukan RM935 juta, kita gantikan di kawasan yang lebih kritikal kita, khususnya di kawasan ramai penduduk di Johor Bahru, Taman Ungku Tun Aminah dan taman perumahan lama.

“Secara keseluruhan sebanyak 1,000 km paip dapat diganti pada tahun ini, iaitu 20 peratus daripada 6,000 paip yang dijadualkan akan diganti,” katanya pada sidang media selepas melawat kerja penggantian paip air di Jalan Tan Hiok Nee di sini, hari ini.

Mohd Fazli berkata, paip lama ini perlu diganti berikutan Ranhil SAJ menerima hampir 7,000 aduan berhubung kejadian paip bocor setiap bulan.

Katanya dengan penggantian paip air lama ini, gangguan kebocoran paip air lama dapat dikurangkan.

Related Articles

Back to top button