Sukan

KBS salur geran untuk setiap negeri, naik taraf rumput dan sistem saliran venue Liga Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan pemberian geran benilai RM7 juta kepada bagi menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput di venue Liga Malaysia.

Menterinya Hannah Yeoh berkata, ia sebagai persediaan menghadapi musim baharu liga tersebut setelah jadua perlawanan berubah dan pasukan akan bermain ketika musim hujan.

Melalui pemberian geran itu, ia diharap dapat membantu pasukan menyediakan venue yang lebih baik dan tidak mengganggu perjalanan liga disebabkan padang banjir.

“Justeru, KBS menawarkan Geran berjumlah RM500,000, daripada jumlah itu RM300,000 adalah untuk naik taraf saliran dan selebihnya untuk geran penanaman rumput yang dibayar kepada negeri.

“Oleh itu, bagi setiap negeri yang mengambil pemberian geran itu perlu menunjukkan komitmen itu dan mampu melakukan penambahbaikan itu sebelum Liga Malaysia 2024-2025.

“Bagi setiap negeri yang mengambil geran itu, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbesar hati untuk mengurniakan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada setiap pasukan bagi menampung kos penyelenggaraannya,” katanya dalam satu sidang media.

BACA LAGI: KBS sambut baik cadangan bekas pemain bola kebangsaan sebagai jurulatih peringkat sekolah

Beliau sebelumnya mempengerusikan Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025, di Iskandar Puteri, Johor Baharu pada Selasa.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan berangkat ke Mesyuarat berkenaan sebagai tetamu khas dengan diiringi Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, MFL Stuart Ramalingam.

Sementara itu jelas Hannah, geran tersebut dikhususkan kepada satu stadium sahaja untuk setiap negeri.

“Ada isu yang dibangkitkan mengenai pasukan yang berkongsi stadium, ini juga akan dimuktamadkan dalam mesyuarat penyelarasan bersama kerajaan negeri kelak,” tambah beliau.

Related Articles

Back to top button