Semasa

Laporan interim 1 kajian SSPA diserahkan kepada PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Laporan itu diserahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 1/2024 dipengerusikan perdana menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perdana Menteri pada 2 Januari lalu memaklumkan, kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan SSPA bagi manfaat penjawat awam selepas ia tertangguh sebelum ini ekoran kedudukan kewangan negara yang dibebani hutang terdahulu.

BACA LAGI: PM Anwar gesa majikan tingkat usaha jaga kebajikan pekerja

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penyelarasan gaji penjawat awam itu perlu dibuat selari maksud slogan anjakan paradigma yang sering dilaungkan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu, beliau mengumumkan pelaksanaan penuh SSPA akan dibuat sepenuhnya bermula 2025.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Awam melalui perkongsian di Facebook yang menyentuh mesyuarat semalam berkata ia menumpukan kepada inisiatif yang boleh menyumbang ke arah meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam.

Related Articles

Back to top button