Nasional

Isu nasional perlu dibawa ke Jawatankuasa Muzakarah MKI sebelum keluar jawapan

Institusi mufti dinasihatkan untuk membawa sebarang isu yang bersifat nasional ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dianggotai oleh semua Ashabus Samahah Mufti Negeri-Negeri sebelum mengeluarkan sebarang jawapan terhadap isu itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu berkata, proses penyediaan jawapan bagi sebarang isu boleh ditambah baik dengan disertakan hujah yang konkrit serta jalan penyelesaian.

“Permasalahan tidak boleh dibiarkan tergantung supaya tidak timbul kegusaran dalam masyarakat awam.

“Perkara tersebut perlulah dipertimbangkan secara menyeluruh selain penjelasan yang terperinci,” kata Na’im ketika mengulas jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hukum bekerja di Bank Konvensional.

Ia disebabkan pandangan bahawa institusi kewangan tersebut mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram.

Beliau turut menjelaskan bahawa dirinya menghormari penjelasan hukum yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi mufti, namun ia adalah bersifat nasihat kepada umat Islam.

Related Articles

Back to top button