Negeri

N9 buat pemutihan, pekerja warga asing perlu dipindahkan dari kawasan status kediaman

Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan tegas untuk tidak membenarkan pekerja warga asing ditempatkan di mana-mana kawasan berstatus kediaman.

langkah pemutihan itu dimaklumkan Pengerusi Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) Lodge Residence, Bandar Baru Nilai pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai keputusan itu Arul Kumar berkata, pihaknya berharap isu yang berpunca daripada pekerja warga asing di kawasan perumahan seperti gangguan dan kebersihan akan dapat diselesaikan.

Justeru kerajaan negeri memberi tempoh sehingga hujung tahun ini supaya semua pekerja asing yang ditempatkan di kawasan berstatus kediaman dipindahkan ke kawasan komersial atau CLQ.

“Kita tidak boleh mengambil tindakan terus dan telahpun memberi masa bermula tahun lepas dan mereka (syarikat) boleh pilih tempat lain atau menempatkan pekerja asing mereka ke CLQ.

“Oleh itu, pembinaan atau pertukaran secara keseluruhan sesuatu bangunan kepada CLQ mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adalah digalakkan oleh kerajaan Negeri,” katanya .

BACA LAGI: Kompaun sehingga RM30,000 kepada ejen gagal sedia pekerjaan kepada pekerja asing

Sementara itu Arul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai berkata, CLQ perlu dibangunkan di suatu kawasan yang berpagar dan dapat dikawal serta mempunyai semua kemudahan asas kepada pekerja warga asing.

Selain itu ia perlu mematuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JTK.

“Ini akan menjamin hak setiap pekerja warga asing terbabit mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan selamat,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button