Semasa

MOT bakal tanggung caruman Perkeso untuk 40,000 pemandu teksi

Kementerian Pengangkutan (MOT) memutuskan untuk menanggung caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hampir 40,000 pemandu teksi di seluruh negara.

Keputusan itu didedahkan Menterinya, Anthony Loke dalam satu sidang media di Putrajaya pada Selasa.

Jelasnya,bantuan caruman itu adalah antara insiatif yang akan dilaksanakan kementeriannya memandangkan pemandu teksi rata-ratanya terdiri daripada warga emas dan veteran tentera.

“Kami akan menggunakan hasil jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) bagi menanggung bantuan caruman itu. Sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan NPI akan diperuntukkan termasuk inisiatif lain

“Mereka dipilih kerana mereka pemandu tetap dan kita tahu implikasi kewangan yang diperlukan bagi bantuan caruman itu

“Diharapkan bantuan ini dapat melindungi kebajikan pemandu-pemandu teksi dan ahli keluarga mereka sekiranya ditimpa kemalangan,” katanya.

BACA LAGI: Kajian Pelan Tindakan Stategik Pengangkutan Awam sedang dalam perancangan

Sementara itu tambah Loke, inisiatif itu akan dimulakan selepas memperoleh hasil jualan NPI siri GOLD yang akan dibuka untuk bidaan bermula 1 hingga 5 Februari ini.

Beliau turut berharap hasil bidaan bagi siri NPI lebih tinggi bagi membolehkan lebih ramai pemandu teksi dibantu pada masa depan.

Related Articles

Back to top button