Semasa

PM hulur sumbangan kepada penyanyi Shima

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan peribadi kepada penyanyi veteran, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau Shima.

Menerusi catatan di media sosialnya, Anwar memaklumkan, sumbangan itu telah disampaikan melalui Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi yang mengadakan ziarah kepada seniwati itu pada Selasa.

“Alhamdulillah, Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi seniwati Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau Shima.

“Shima kini menghidap penyakit bronchitis sehingga menyebabkan beliau tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima,” tulis Anwar

Perdana menteri dalam hantaran itu turut mendoakan kesihatan yang baik serta diberikan kekuatan kepada seniwati tersebut.

“Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tambahnya.

BACA LAGI: Seniman veteran Jalil Hamid terima sumbangan daripada PM Anwar

Dilaporkan, kehidupan Shima semakin perit apabila mengalami penyakit misteri selain masalah sakit saraf dan tulang belakang yang ditanggung menyebabkannya terpaksa menutup Warung Teringin pada Mac 2019.

Pelontar lagu Teringin itu difahamkan mengalami tu masalah keradangan salur pernafasan sejak beberapa tahun lalu.

Related Articles

Back to top button