Semasa

KPM bincang cara terbaik selesai isu pemilikan akuan TikTok kanak-kanak bawah umur

Kementerian Pendidikan (KPM) akan membincangkan Isu pemilikan akaun TikTok kanak-kanak berusia bawah 13 tahun bersama Kementerian Komunikasi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi tujuan mengeluarkan satu garis panduan mengenai perkara itu, perbincangan wajar diadakan bagi mendapat pandangan sebelum keputusan dapat dibuat.

“Itu nanti kita minta penyelarasan daripada Menteri Komunikasi, (Fahmi Fadzil) memandangkan saya fikir kita memerlukan maklumat dan pedoman daripada beliau supaya kita juga boleh tengok kesan dan impaknya kepada anak-anak kita.

“Saya pasti ada garis panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kawalan itu berlaku khususnya daripada ibu bapa,” katanya.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pemberita selepas menghadiri majlis apresiasi Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Hotel Raia,Bayang Lepas pada Ahad.

BACA LAGI: Sekat kandungan tidak bermoral, akta regulasi platform media sosial perlu dibentuk 

Beliau diminta mengulas laporan media yang memetik Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bahawa pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pengurusan platform media sosial itu susulan garis panduan komuniti bagi laman itu, kanak-kanak bawah usia 13 tahun adalah tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok.

Langkah itu jelasnya susulan timbul kebimbangan berikutan beberapa trend yang tidak sesuai dijadikan ikutan kanak-kanak, dilihat tular di media sosial.

Related Articles

Back to top button