Semasa

Zambry gesa IPT main peranan lahir graduan mahir bidang E&E dan AI

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini melihat kepada bidang kemahiran seperti elektrik dan elektronik (E&E) dan kecerdasan buatan (AI).

Ditemui pemberita selepas selepas menghadiri program libat urus Menteri Pendidikan Tinggi bersama perwakilan negara luar di Kuala Lumpur pada Isnin beliau berkata, terdapat permintaan tinggi oleh industri untuk pekerja dalam bidang itu

Justeru IPT wajar memainkan peranan dengan melahirkan tenaga kerja berkemahiran dalam sektor-sektor berkenaan.

“Kita hanya mempunyai kapasiti sekitar 5,000 sahaja (graduan dalam bidang E&E), maka universiti kena melihat juga dari segi keperluan industri sebegini. Dalam masa yang sama saya menekankan keperluan universiti termasuk kolej untuk melihat dari segi potensi dunia pendidikan pada hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang AI yang sekarang ini merupakan satu bidang yang perlu diberikan perhatian oleh semua universiti bagi memenuhi keperluan negara,” katanya.

BACA LAGI: KPM bincang cara terbaik selesai isu pemilikan akuan TikTok kanak-kanak bawah umur

Sementara itu tambah Zambry, berhubung perkara itu, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan naib canselor universiti bagi membincangkan perkara tersebut.

Media sebelum ini memetik kenyataan Tengku Zafrul bahawa tenaga kerja mahir seperti dalam sektor E&E memerlukan 50,000 jurutera sedangkan IPT negara ini cuma menghasilkan 5,000 graduan setahun dalam bidang tersebut

Related Articles

Back to top button