Semasa

PM Anwar hadiri mesyuarat pimpinan KEADILAN Zon Utara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menghadiri Mesyuarat Tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Terdahulu, beliau tiba di Hotel The Light di Seberang Jaya, Pulau Pinang kira-kira jam 9.10 malam sebelum meneruskan mesyuarat tertutup tersebut secara berasingan mengikut negeri.

Hadir sama, Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil dan Ketua Wanita KEADILAN pusat, Fadhlina Sidek.

Bagaimanapun, tiada tiada perincian mengenai mesyuarat tersebut susulan ia merupakan sesi tertutup.

Difahamkan, Anwar berada di Pulau Pinang bagi menghadiri beberapa program.

BACA LAGI: AMK Kedah gesa kerajaan negeri cari jalan selesai isu gaji pemain KDA FC

Pengerusi Pakatan Harapan itu dijadualkan melawat Jualan Termurah Madani di Bandar Perda pada 8.15 pagi, seterusnya ke Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau kemudian dijadualkan menunaikan solat Jumaat serta menghadiri kenduri rakyat di Masjid Tengah Berapit, Permatang Pauh.

Sejurus selepas itu, beliau akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai, sebelum mengakhiri lawatannya ke Majlis Pecah Tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan.

Related Articles

Back to top button