Semasa

Jentera utama komunikasi kerajaan digesa proaktif lawan fitnah

Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat digesa bersikap proaktif bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak tertentu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka selaku jentera utama komunikasi kerajaan memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan.

Ia terutama dalam menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini.

“Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya melalui hantaran di laman Facebooknya.

BACA LAGI: MoF nafi dakwaan fitnah Nurul Izzah dibayar RM35,000 sebagai penasihat Laksana

Anwar berkata begitu sebagai mengulas Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya pada Sabtu.

Sambil melahirkan keyakinan pemukiman itu dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat, Anwar turut meletak jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja golongan itu yang mempunyai peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan kepada masyarakat.

Related Articles

Back to top button